Monday, March 15, 2010

GG Part 4

Tiba di tahun akhir. Cepat benar masa berjalan.
Tahun akhir nak kena sediakan projek.

Gula fikir-fikir,
“Agak-agak tajuk apa yang sesuai? Aku suka strategi gelap. Tapi.... kalau strategi gelap menjadi pilihan.... maka.... Tuan Garam Al Garami akan menjadi tuan penasihat projek. Boleh ke buat dengan pensyarah lain? Aku rasa boleh, tak ada masalah. Tapi.... aku rasa lagi senang dengan Garam. Dengan Garam boleh bincang. Tapi... nak mengadap Garam, hati kena kebal. Kalau hati tidak kebal, sepanjang tahun akan merana. Setahun ya nak mengadap?! Mengejar dan dikejar? Tahankah? ”

Gula minta pandangan teman baik:
“Aku ingat nak buat projek pasal strategi gelap. Erm.... macam mana ya? Kalau aku buat pasal strategi, nampak gaya yang paling kena sekali dengan Tuan Garam? Ada cadangan lain tak?”
“Kenapa pilih tajuk projek bawah Tuan Garam?”
“Aku suka. Dari awal aku dah nampak tajuk nih. Kalau mengikut kerja aku sekarang pun, inilah projek yang paling senang aku boleh dapat data. Inilah yang aku boleh buat sekali dengan apa yang aku buat hari-hari. Kalau tak, mana aku nak cari data lain? Bos aku angin tak tentulah! Susah betul! Tak sabar rasanya nak berhenti kerja. Kalau berhenti, mana pula nak korek duit bayar yuran, bayar sewa, duit makan pakai? Sabar. Sabar... Dengan Tuan Garam, sebenarnya boleh juga dibawa bincang... Errrr..”
“Sudah kamu konsultansi dengan Tuan Garam?”
“Akan!”

Bila cerita tersebar, kawan-kawan kata,
“Gula, kamu betul mahu buat projek akhir dengan Garam?”
“Gula, kamu tahu tak susah nak dapat markah dengan Garam?”
“Gula, kamu dah habis fikirkah?”
“Gula, tak berbaloi buat projek bawah Tuan Garam..”
“Gilalah kamu ni Gula”

Gula timbang-timbang,
“Memang pun aku ni GILA! Idea aku pun gila! Lantaklah!”
“Markah sebelum nie pun tak adalah teruk mana pun. Boleh tahan juga! Arghh lantaklah!”

Selain dari makan dalam, semua orang kata Garam bias! Pasal makan dalam, memang Gula setuju 100 peratus. Pasal bias? Gula tak rasa macam tu. Gula lain dari orang! Alirannya lain dari kawan-kawannya. Kadang-kadang kawan-kawan Gula kata Gula ni gila! Argh GILA?

Gula rasa, Garam sebenarnya suka pada orang yang berusaha. Garam suka pada orang yang suka bertanya. Garam suka pada orang yang bukan datang meminta-minta untuk disuap. Itu Gula yang rasa, Gula tak tahu apa yang Garam rasa. Cumanya, Gula memang bernasib baik. Kebetulan subjek memang subjek kegemaran. Gula memang banyak buat kajian. Pekerjaan Gula sebagai pembantu pemasaran banyak membantu. Justeru, Gula ada sedikit kelebihan. Gula pun tak malu bertanya. Gula telan semua kata-kata Garam. Gula buat tak peduli. Gula buat bodoh je. Gula tak peduli sebab yang penting Gula belajar. Agaknya sebab itu Garam suka Gula! Eh, suka ke? Hahaha. Budak gila Gula ni memang gila!!

No comments: