Monday, March 8, 2010

GG Part 2

Gula mendaftar di kelas Garam. Bukan hendak sangat pun, tapi Gula memang suka subjek yang kebetulan diajar oleh Garam. “Bukan hendak sangat pun? Akakaka. Gula, ko ni memang banyak main larrr!” Ah tidak, sebenarnya hampir kesemua subjek utama Garam akan masuk mengajar! Subjek teras. Subjek khas. Sana ada Garam. Sini ada Garam... “Eeeeee... Apa tak ada muka pensyarah lain ke kat fakulti ini? Ke mamat ni yang gila kuasa nak masuk mengajar dalam semua kelas? Tak fahamlah kenapa! Tim kaiiiiiii?????”

Dalam kelas, Garam garang bukan main. Garam Laut Mati! Pedih! Kena terik matahari, lagi tak tahan pedihnya. Setiap kata-kata bagaikan bilah pisau yang menghiris. Tiada kata-kata yang manis. Pedih dan berbisa. Makan dalam! Garam Laut Mati gaul sambal belacan kaw kot!

Gula tanya diri, “Aku seorangkah yang terasa? Benci!!”
Gula tanya lagi pada diri, “Kenapa aku masuk kelas Mamat ni?? Huh!”

Masa lambat sampai ke kelas, tatkala Gula menjenguk ke dalam kelas sudah terdengar suara Garam “Eh, marilah masuk. Kami semua tengah tunggu kamu”
“Pemandu kamu salah jalan ye?”
“Eh, apa macam BMW kamu?”
“Masuk. Masuk. Kelas belum mula lagi nih.”

Masa hantar tugasan Garam pula disoal tebal nipis tugasan yang dihantar. Tatkala menghantar tugasan yang telah disiapkan dengan bersungguh-sungguh, “Tugasan kamu ni, ermmm tebal”. Tatkala menghantar tugasan yang disedia pada biasa-biasa sahaja pula, “Eh, sudah siap ke tugasan kamu ni?”.

“Apa aku nak buat ni? Penat lar asyik kena kutuk. Kena perli. Kalau hari-hari kena makan garam, muda-muda aku boleh kena darah tinggi. Aku kena atur strategi. Aku kena atur strategi. Aku kena atur strategi. Aku tak boleh bagi ruang Tuan Garam Yang Masin tu terus-terus mengenakan aku, kutuk aku. Lihat aku nanti, ermmm.. ”

“Wahai Tuan Garam, sudah-sudah lar perli aku. Tuan Garam nak apa sebenarnya? Orang lain rasanya tak ada pun yang kena perli hebat-hebat depan orang ramai? Tuan Garam, can you stop doing this to me?! Sakitlah telinga! Ni belum kira kecederaan hati lagi ni, dah calar-calar kena tiris. Darahnya sahaja tak keluar lagi... Tolonglah saya Tuan Garam. Enough!”

2 comments:

Ren said...

e ehhh naper tetiber ada kuar balik cit gg ni????

masMZ KaKiJaLaN said...

ada larrrr... polish balik... ari2 kan tak habes