Sunday, March 14, 2010

GG Part 3

Dalam fikir-fikir, cari-cari strategi, Gula dapat tahu pasal Garam.
Gula dengar cerita Garam suka orang bertanya.
Gula dengar cerita Garam suka orang berinisiatif.
Gula fikir strategi... Jumpa atau emel???
Kalau jumpa Garam, nak cakap apa? – Huh, tak kuasa!
Hantar e-mel sahajalah! Tak payahlah nak mengadap dan bersoal jawab berdepan! Kalau mengadap, bukan sahaja kena tengok, kena perli-perli pulak nanti. Tak mahulah aku! E-mel pun boleh larr.

Gula hantar e-mel.... Bodoh saja e-melnya.

E-mel pukul 3.00 pagi, bunyinya ...

“Salam Tuan Garam... Saya Gula Melaka Yang Manis dari kelas Pasaran Gelap... Merujuk kepada tugasan yang tuan beri berkenaan sistem pemasaran barang-barang gelap, mohon sedikit idea macam mana nak buat tugasan tuan. Perlu sedia berapa muka surat. Ada apa-apa formatkah yang perlu diikuti?
Harap Tuan Garam boleh bantu kami untuk beri penjelasan. Mungkin kita boleh buat sedikit perbincangan di dalam atau selepas kelas?”

– Dari saya bernama GULA

Gula dapat balasan e-mel Garam. Alahai baiknya Garam jawab e-mel aku. Gula rasa macam “Alamak!”

Garam jawab e-mel Gula tak sampai satu hari.

Garam jawab 11.00 pagi hari yang sama. Garam jawab, “Oh Gula, kenapa ekau antau soalan-soalan yang tak sepatutnya ekau antau?”
Eh silap, itu Gula pandai-pandai baca e-mel Garam ikut bahasa Gula sendiri. Teruk! Gula sempat lagi main-main tu!

E-mel pukul 11.00 pagi, bunyinya ...

“Kepada Gula, Terima kasih untuk emel yang dihantar. Saya fikir kamu sedikit kurang jelas mengenai tugasan yang diberikan. Kamu perlu menggunakan atau memilih satu projek yang spesifik dan perlu menggunakan ia sebagai panduan terhadap perbincangan yang perlu kamu lakukan. Projek yang dipilih bukan sebagai intipati utama. Telefon atau jumpa saya sekiranya kamu masih keliru dengan tugasan ini. Terima kasih”
– Garam

Gula baca semula emel yang dihantar olehnya. Gula baca semula emel dari Tuan Garam. Malu pula Gula... “Apa yang aku tanya pagi tadi? Lain yang aku tulis! Faham pula Garam soalan sebenar aku! Malunya aku!!!” Gula membebel-bebel seorang diri.

Entah apa soalan yang Gula tanya? Almaklumlah kalau sudah hantar pukul 3.00 pagi, entah apa soalan yang ditulis pun tak tahu! E-mel mamai tu!

Nasib baik, Garam faham soalan yang sebenarnya Gula nak tanya. Akhirnya Gula ketawa dalam hati “Biarlah! Yang penting misi aku tercapai!”.

No comments: