Tuesday, March 2, 2010

GG Part 1

Semester baru bermula. Gula, pelajar baru berusia 23 tahun mendaftar masuk ke sebuah institut pengajian tinggi awam. Gadis sederhana, tetapi punya sifat ceria. Gula banyak bercakap, pendek cerita bersifat peramah dan mudah didekati. Justeru itu, Gula punyai ramai teman. Sesuatu tentang Gula, Gula adakala sukar sekali dijangka tindak tanduknya. Kalau datang gila, Gula boleh buat kerja gila.

Gula sedang mendengar taklimat khas ketika mula-mula terpandangkan Garam. Garam adalah salah seorang pensyarah di Sekolah Ekonomi berusia 45 tahun. Garam, orangnya biasa-biasa sahaja tapi tampak garang. Ada wajah sinis dan serius. Jarang sekali mengukir senyum, tegurlah dan Garam hanya akan menganggukkan kepalanya. Sesuatu tentang Garam, semuanya harus tenang. Jangan ada gamat kerana Garam peka dengan kebisingan.

Garam masuk ke dalam dewan taklimat agak lewat. Masa tu, Gula sedang melayan teman-teman yang sibuk-sibuk berbisik manusia-manusia di dalam dewan. “Si dia kacak!”. “Oh, si dia tu muka garangnya!”. “Dia tu pulak, wow rambut cam model iklan Pantene!”. “Eeee garangnya muka dia!” . “Engkau, nyampah aku tengok muka minah tu, poyo habis!”. Sudah namanya perempuan, lagi pula muda remaja... Memang tak henti-henti bercakap!

Garam tenang saja. Dia mengambil tempat duduk di hadapan. Tempat duduknya betul-betul bertentangan dengan Gula. Kebetulan, hanya itu saja tempat duduk yang ada. Sesi suai kenal pelajar-pelajar baru dan pensyarah serta pengenalan kursus ini memang ditunggu oleh Garam. Kata Garam dalam hati, “Ermmmm, ini muka-muka yang nak sambung belajar nih. Kita tengok nanti, betul-betul atau main-main”.

Gula hairan, kenapa pandangannya tidak terlepas dari Garam. Gula macam kena paku lepas nampak Garam. Tak terkeluar sebarang kata dari mulutnya. Gula tengok Garam. Gula tengok Garam dari Garam masuk sampai Garam duduk, sampai Garam habis perkenal diri dan sampai Garam beredar. Pada Gula, Garam bukan apa pun. Kacak pun tidak. Biasa. Biasa-biasa saja. Garam macam garam. Mukanya masin! Masin? Hahaha... Betullah masin kalau muka macam tak berapa nak mesra ‘alam’. Muka tak ada perasaan! Ah, eksen! Masa perkenalkan diri, hanya bercakap serius. Senyum pun tidak, eeeeee!! Dalam menyampah, Gula tengok jugak! Kira-kira kata teman-teman Gula, Gula ni agaknya kurang sikit citarasanya. Apalah Gula!!

Dalam muka-muka yang masin, “Saya Garam AlGarami bin Masini. Saya akan berada di dalam kebanyakkan kelas kamu. Saya akan berada di mana-mana. Kita akan banyak jumpa selepas ini“.
“Oh, saya Gula Melaka Yang Manis. Tak sabar saya nak jumpa Tuan Garam AlGarami”, Gula balas mengajuk dalam hati.

“Oiiii Gula, ko tengok apa ? Ko ni kenapa?”
“Gula. Gula. Weh!!!”
“Aaaaaa???? Apa? Apa korang nih?”

No comments: