Tuesday, April 6, 2010

GG Part 8

Gula dah habis belajar. Leganya hati bila satu tanggungjawab sudah terbebas dari galasan. Rezeki Gula kerana dipermudahkan perjalanan dan urusan. Gula mendapat tawaran pekerjaan baru di tempat baru. Oh, seronoknya Gula apabila ditempatkan di sebuah syarikat besar yang memang telah lama menjadi idamannya. Gula mahu menutup semua cerita lama. Gula gembira.

Gula kini boleh tumpu sepenuh perhatian pada kerja.
Gula kini menjadi seorang yang gila kerja. Dia menjadi workholic. Gula suka dengan kerja barunya. Gula memang bersemangat. Ah kalau kenal Gula, Gula memang bersemangat dalam apa jua pekerjaan yang dibuatnya! Gula tak pernah mengalah dan tak pernah mahu berlengah-lengah.

Bagi seorang perempuan, ada yang mengatakan Gula macam orang jantan! Kerja tak tentu masa. Kerja bersambung dari pagi ke malam, lanjut lagi membawa ke pagi ke lewat petang. Kalau Gula duduk bersama keluarga, agak-agaknya dah kena halau dari rumah. Rumah sewa Gula tu dah sama taraf rumah singgah untuk balik tidur saja. Belum lagi kalau dah kalau masa-masa Gula kerja luar, rumah sewa tu jadi rumah tinggal pulak! Nasib baik Gula dah keluar tinggal dengan kawan-kawan bila dah nampak sibuk yang akan berpanjangan. Kalau tidak, sakit telinga kena marah. Iyalah siapa yang tak risau, anak dara balik lambat. Kadang-kadang walau jarang, tak balik rumah.. Risau. Risau... Gula pun lemah je nak beritahu "Hari ini Gula balik lambat" atau "Malam ni Gula stay kat opis ye". Nak jaga hati orang tua, jangan bagi mereka risau. Baik Gula duduk luar. Gula tak nak orang risau. Gula tak nak orang terganggu malam. Itu yang Gula tak nak. Gula tak nak orang risau pasal Gula. Gula nak buat kerja sendiri. Gula tak nak fikir benda lain. Dalam kepala asyik Kerja-Kerja. Tak habis-habis dengan kerja. Duduk dengan kawan pun, sembang pasal kerja! Lain-lain Gula malas nak layan. Gula tak nak fikir.

GG Part 7

Tiga tahun sudah berlalu. Syukur kerana akhirnya Gula berjaya menamatkan pengajian. Gembiranya hati Gula bukan kepalang. Gula tak berhenti-henti ucap terima kasih.

Gula berterima kasih pada ibu dan ayah.
Gula berterima kasih pada rakan-rakan.
Gula berterima kasih kepada Garam.

Gula kata,
“Terima kasih semua.”
“Terima kasih ibu. Terima kasih ayah”
“Terima kasih rakan-rakan.”
“Terima kasih Tuan Garam!”

Gula rasa amat berterima kasih pada semua. Gula rasa syukur pada Tuhan kerana pada ketika Gula tamat pengajian, Gula dapat kerja baru. Gembiranya Gula tak terkata pada semua. Dalam hatinya, tidak henti-henti mengucap Alhamdulillah dan Syukran.

“Syukur Alhamdulilah. Aku berjaya juga akhirnya. Gulungan ijazah ini untuk semua yang bersama-sama dengan aku. Terima kasih semua.”

Thursday, March 18, 2010

GG Part 6

Gula memang kuat hati macam gula hangus yang dah keras tu. Keras hati! Patut berhenti belajar kerana berat tanggung beban tugas di pejabat dan kolej sekaligus. Gula kerja bukan sebarang. Gula kerja mengejar tarikh akhir. Dapat Bos tak ada belas kasihan. Pernah sampai Gula semalaman di pejabat. Tak sempat balik, sambung lagi kerja sampai petang!

Hujung minggu, Gula masuk kelas dari pagi sampai malam. Awal pagi sudah menunggu bas. Mahu mengguna motor buruk, sangkut tengah jalan macam mana? Perjalanan ke kampus, jauh!

Bila dah tujuh hari penuh dari pagi ke malam, Gula tak pasti apa yang jadi kat luar. Hari kerja, Gula tahu kerja-kerja-kerja. Hujung minggu, Gula tahu belajar-belajar-belajar. Ada cuti ulangkaji, Gula terus balik kampung. Pada Gula, tak ada perkara lain yang nak difikir atau nak dibuat.

Kadang-kadang, Gula hampir putus asa. Penat! Nasib baik juga Gula punya rakan-rakan yang memahami dan mahu juga saling mengambil kesempatan. Gula jadi lebih kuat kerana mendapat sokongan rakan-rakan. Gula kao-tim, untuk tugasan kumpulan, biar Gula yang melayar internet. “Kawan-kawan, minta tolong ya cari bahan di pustakaan! Kita kongsi!” . Sumber rujukan perlu dari keduanya, juga perlu tampak banyak! Buat pembentangan tidak ada masalah. Gula jawab, “Oh, itu momantai! Iya, bisa dong!”

Syarat balas, “Presentationnya, kamu ya yang buat Gula!”. “Bolehlah Gula, ya!”. “Gula, kamulah harapan kami. Berbelit-belit lidah nak cakap omputih kat depan tu!”. “Eh, depan Tuan Garam, aku tak mahu present! Kau yang present Gula”. “Tuan Sabunni juga! Aku tak faham bila dia cakap. Kau yang duduk depan ya!”. Gula memang kenal rakan-rakannya, seboleh-boleh mahu menjauh membuat presentation. Seboleh-bolehnya tidak mahu langsung! Kesempatan itu yang Gula pegang. Pada Gula, ermmmm sistem barter ni untung juga!

Garam dengan ayat-ayat makan dalamnya juga telah menjadi pembakar semangat Gula. Lagi menyala-nyala. Kalau asyik terkena, mana tahan!! Padan juga dengan muka Gula sebab dalam banyak-banyak pilihan kelas yang ada, kelas Garam juga yang dipilihnya.

Wednesday, March 17, 2010

GG Part 5

Gula belajar macam orang gila. Gula terpaksa bersaing dengan rakan-rakannya. Gula terpaksa bersaing dengan keadaan. Gula buat keputusan gila bila Gula cakap nak sambung belajar.

Gula kerja pun dah separuh mati. Mental dah separuh ’kong’ sebab hari-hari kena drill. Gula benci dengan kerjanya. Gula juga benci dengan Tuan dan Puan Bos. Grrrrrrr...., hisap darah orang!

Gula kerja 5 hari seminggu. Tak pernah kurang dari 9 ke 5. Selalunya akan berlarutan sampai ke malam. Kalau ada tugasan khas dan mengejar ’dateline’, pernah juga Gula duduk di pejabat dan balik keesokkan petang. Cuti gantian? Erphmmmmm susah nak berharap bila tiada pengganti. Kat tempat Gula, memang Gula sahaja ada!

Gula mahu beranjak dari kehidupan. Penatlah camni. Asyik kerja, kerja, kerja. Dah tak tentu masa pulak tu. Kalau ummi ada kat sini, memang Gula kena taruh, “Perempuan ke jantan kamu ni?”. Tak ada masa melainkan kerja. Kerja. Kerja. Kaya tak jugak! Tensi lagi ada!

Gula buat keputusan untuk sambung belajar. Pada Gula, “Apa yang aku ada ni, belum cukup. Mereka tak mahu pandang aku. Pendidikan aku tak cukup tinggi kata mereka. Tapi untuk beranjak, aku perlu belajar. Untuk belajar aku butuh wang. Untuk wang, aku perlu kerja. Argh, memang itu sahaja pilihan dan jalan yang aku nampak. Kerja dan belajar!”

Gula terpaksa juga terus bekerja untuk tampung duit belajar. Kawan-kawan Gula duduk di kolej dan belajar sepenuh masa, duit ditanggung. Siapa yang tanggung, Gula tak pasti. Mungkin loan PAMA, mungkin loan MARA, mungkin loan Ah Long! Itu semua Gula tak kisah. Gula tetap kena kerja untuk teruskan pengajian. “Siapa pula nak bayar yuran kalau aku tak kerja. Bestnya kalau jadi anak orang kaya, mintak je duit. Tapi.... kalau aku ini anak orang kaya, mungkinkah aku masih menjadi ’manusia’? Entah-entah, dah lama aku jadi penagih dadah, ketua penjenayah, jadi Anakku Salzeli ke? Ishkkkk Nauzubillah....”

Susah hidup Gula, kejar sana kejar sini. Poket tak pernah penuh nak bergembira dengan kawan-kawan apatah lagi nak bershopping sakan. Mana nak buat semua tu kalau ada saja duit terus bayar yuran.

Ermmmm alahai Gula, 5 hari kamu berumah di pejabat, 2 hari kamu berumah di kolej. Tahankah kamu??

Monday, March 15, 2010

GG Part 4

Tiba di tahun akhir. Cepat benar masa berjalan.
Tahun akhir nak kena sediakan projek.

Gula fikir-fikir,
“Agak-agak tajuk apa yang sesuai? Aku suka strategi gelap. Tapi.... kalau strategi gelap menjadi pilihan.... maka.... Tuan Garam Al Garami akan menjadi tuan penasihat projek. Boleh ke buat dengan pensyarah lain? Aku rasa boleh, tak ada masalah. Tapi.... aku rasa lagi senang dengan Garam. Dengan Garam boleh bincang. Tapi... nak mengadap Garam, hati kena kebal. Kalau hati tidak kebal, sepanjang tahun akan merana. Setahun ya nak mengadap?! Mengejar dan dikejar? Tahankah? ”

Gula minta pandangan teman baik:
“Aku ingat nak buat projek pasal strategi gelap. Erm.... macam mana ya? Kalau aku buat pasal strategi, nampak gaya yang paling kena sekali dengan Tuan Garam? Ada cadangan lain tak?”
“Kenapa pilih tajuk projek bawah Tuan Garam?”
“Aku suka. Dari awal aku dah nampak tajuk nih. Kalau mengikut kerja aku sekarang pun, inilah projek yang paling senang aku boleh dapat data. Inilah yang aku boleh buat sekali dengan apa yang aku buat hari-hari. Kalau tak, mana aku nak cari data lain? Bos aku angin tak tentulah! Susah betul! Tak sabar rasanya nak berhenti kerja. Kalau berhenti, mana pula nak korek duit bayar yuran, bayar sewa, duit makan pakai? Sabar. Sabar... Dengan Tuan Garam, sebenarnya boleh juga dibawa bincang... Errrr..”
“Sudah kamu konsultansi dengan Tuan Garam?”
“Akan!”

Bila cerita tersebar, kawan-kawan kata,
“Gula, kamu betul mahu buat projek akhir dengan Garam?”
“Gula, kamu tahu tak susah nak dapat markah dengan Garam?”
“Gula, kamu dah habis fikirkah?”
“Gula, tak berbaloi buat projek bawah Tuan Garam..”
“Gilalah kamu ni Gula”

Gula timbang-timbang,
“Memang pun aku ni GILA! Idea aku pun gila! Lantaklah!”
“Markah sebelum nie pun tak adalah teruk mana pun. Boleh tahan juga! Arghh lantaklah!”

Selain dari makan dalam, semua orang kata Garam bias! Pasal makan dalam, memang Gula setuju 100 peratus. Pasal bias? Gula tak rasa macam tu. Gula lain dari orang! Alirannya lain dari kawan-kawannya. Kadang-kadang kawan-kawan Gula kata Gula ni gila! Argh GILA?

Gula rasa, Garam sebenarnya suka pada orang yang berusaha. Garam suka pada orang yang suka bertanya. Garam suka pada orang yang bukan datang meminta-minta untuk disuap. Itu Gula yang rasa, Gula tak tahu apa yang Garam rasa. Cumanya, Gula memang bernasib baik. Kebetulan subjek memang subjek kegemaran. Gula memang banyak buat kajian. Pekerjaan Gula sebagai pembantu pemasaran banyak membantu. Justeru, Gula ada sedikit kelebihan. Gula pun tak malu bertanya. Gula telan semua kata-kata Garam. Gula buat tak peduli. Gula buat bodoh je. Gula tak peduli sebab yang penting Gula belajar. Agaknya sebab itu Garam suka Gula! Eh, suka ke? Hahaha. Budak gila Gula ni memang gila!!

Sunday, March 14, 2010

iNGaT NaK waT KuiZ LaRR

iNGaT NaK waT KuiZ LaRR.... lepas setiap entri, cuba teka apa yang jadik... ekekee

GG Part 3

Dalam fikir-fikir, cari-cari strategi, Gula dapat tahu pasal Garam.
Gula dengar cerita Garam suka orang bertanya.
Gula dengar cerita Garam suka orang berinisiatif.
Gula fikir strategi... Jumpa atau emel???
Kalau jumpa Garam, nak cakap apa? – Huh, tak kuasa!
Hantar e-mel sahajalah! Tak payahlah nak mengadap dan bersoal jawab berdepan! Kalau mengadap, bukan sahaja kena tengok, kena perli-perli pulak nanti. Tak mahulah aku! E-mel pun boleh larr.

Gula hantar e-mel.... Bodoh saja e-melnya.

E-mel pukul 3.00 pagi, bunyinya ...

“Salam Tuan Garam... Saya Gula Melaka Yang Manis dari kelas Pasaran Gelap... Merujuk kepada tugasan yang tuan beri berkenaan sistem pemasaran barang-barang gelap, mohon sedikit idea macam mana nak buat tugasan tuan. Perlu sedia berapa muka surat. Ada apa-apa formatkah yang perlu diikuti?
Harap Tuan Garam boleh bantu kami untuk beri penjelasan. Mungkin kita boleh buat sedikit perbincangan di dalam atau selepas kelas?”

– Dari saya bernama GULA

Gula dapat balasan e-mel Garam. Alahai baiknya Garam jawab e-mel aku. Gula rasa macam “Alamak!”

Garam jawab e-mel Gula tak sampai satu hari.

Garam jawab 11.00 pagi hari yang sama. Garam jawab, “Oh Gula, kenapa ekau antau soalan-soalan yang tak sepatutnya ekau antau?”
Eh silap, itu Gula pandai-pandai baca e-mel Garam ikut bahasa Gula sendiri. Teruk! Gula sempat lagi main-main tu!

E-mel pukul 11.00 pagi, bunyinya ...

“Kepada Gula, Terima kasih untuk emel yang dihantar. Saya fikir kamu sedikit kurang jelas mengenai tugasan yang diberikan. Kamu perlu menggunakan atau memilih satu projek yang spesifik dan perlu menggunakan ia sebagai panduan terhadap perbincangan yang perlu kamu lakukan. Projek yang dipilih bukan sebagai intipati utama. Telefon atau jumpa saya sekiranya kamu masih keliru dengan tugasan ini. Terima kasih”
– Garam

Gula baca semula emel yang dihantar olehnya. Gula baca semula emel dari Tuan Garam. Malu pula Gula... “Apa yang aku tanya pagi tadi? Lain yang aku tulis! Faham pula Garam soalan sebenar aku! Malunya aku!!!” Gula membebel-bebel seorang diri.

Entah apa soalan yang Gula tanya? Almaklumlah kalau sudah hantar pukul 3.00 pagi, entah apa soalan yang ditulis pun tak tahu! E-mel mamai tu!

Nasib baik, Garam faham soalan yang sebenarnya Gula nak tanya. Akhirnya Gula ketawa dalam hati “Biarlah! Yang penting misi aku tercapai!”.